Sesungguhnya kasih mak bawa ke syurga.
Jahilnya aku kerana tidak pandai menghargai kasih sayang.
Berlagak sombong bagai aku mengenal dunia yang palsu ini.
Akan bila aku terjatuh tersungkur,
Mak datang menghulurkan tangannya kepada aku.
Menarik aku sebelum aku ke jalan yang gelap.
Air mata jatuh berguguran
Sebak hati ini bila mendengar keluhan mak,
"Kemanakah anak-anakku?"
Siang malam mak berdoa,
"Ya ALLAH kembalikanlah anak-anakku, dekatkan mereka kepadaku."
Maafkan segala kesalahan dan kesilapan aku.
Hinaku sebagai anakmu.
Aku sayang mak!
Satu ungkapkan yang patut aku luahkan sepanjang hidup aku.
ALHAMDULILLAH.
ALLAH masih lagi sayangkan aku.
Kerana DIA masih memberi aku peluang untuk merasa, menilai dan menghargai kasih sayang seorang mak.
Aku bersyukur!
Kerana DIA masih memberi aku peluang untuk merasa, menilai dan menghargai kasih sayang seorang mak.
Aku bersyukur!
No comments:
Post a Comment