Thursday, November 7, 2013

Penghijrahan yang abadi

Assalamualaikum w.b.t.



Hijrah seperti yang kita tahu ia adalah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah. Walaubagaimanapun, hjrah sangat besar maknanya. Ia bukannya hanya penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain, ia juga boleh didefinasikan kepada perbuatan seseorang dari yang buruk ke perbuatan yang lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w "Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi apa ertinya hijrah kepada diri saya sendiri?

Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya untuk saya berubah ke arah kebaikan dan syukur Alhamdulillah lagi sekali yang Allah masih mahu kenakan ujian kepada diri saya supaya saya beringat bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika diimbas kembali saya yang dulu, memang tidak dinafikan yang saya hidup bebas. Antaranya bebas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, free hair, degil dan keras kepala. tetapi apabila meningkat usia, makin lama saya mengerti akan cara hidup di dunia yang fana ini.

Tersentap akan ujian yang Allah turunkan, saya kembali bersujud kepada Allah. sesuatu yang saya rasa saya perlukankan perubahan dalam hidup. Pada tahun 18 Julai 2012, saya melakukan penghijrahan pertama saya iaitu dari seorang yang free hair ke menutup aurat iaitu memakai tudung. Ketika itu saya menghantar saudara untuk menunaikan haji di KLIA. Alhamdulillah perasaan gembira dari mak memang saya tak dapat nak ungkapkan. Ia satu perubahan yang mak saya mahukan dari dulu lagi. Apabila saya sudah berubah ke arah kebaikan, segala yang ada pada sekeliling saya nampak kebaikan. Walaupun saya lepak dengan kawan-kawan, saya sudah tahu jaga batas-batas pergaulan. Tiada lagi bertepuk tampar sesama mereka.

Bermula dari situ saya berubah sikit demi sikit cara pemakaian saya, cara percakapan, cara saya berfikir dan perwatakan saya sendiri. Jika dulu pakaian saya muat-muat badan saja tapi sekarang sudah besar dan longgar. Apabila saya berubah pemakaian saya, saya rasa selamat untuk keluar rumah kepada tiada lagi mata-mata yang memerhatikan saya seperti sebelum ini. Bagi cara percakapan pula, saya akui memang saya seorang yang cakap lepas dan kasar. kadang-kadang saya tidak sedar apa yang saya sudah cakap, saya sudah menyakitkan hati orang lain. Apabila saya menghayati adab-adab percakapan Nabi barulah saya berfikir dulu sebelum cakap dengan orang lain. Untuk perwatakan saya sendiri pula, Alhamdulillah saya belajar menerima kekurangan orang lain dan cuba bersabar dengan sikap sesetengah orang yang tak makan saman. Firman Allah s.w.t "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (surah Al-Raa'd ayat 11). 

Saya sangat bersyukur apabila Allah masih lagi memberi saya peluang untuk saya supaya berubah dan melakukan pernghijrah ini kerana saya pasti saya akan dapat rahmat Allah. InsyaAllah. Ia telah tertulis dalam Al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dariNya" (surah Al-Baqarah ayat 218)