Jahilnya aku kerana tidak pandai menghargai kasih sayang.
Berlagak sombong bagai aku mengenal dunia yang palsu ini.
Akan bila aku terjatuh tersungkur,
Mak datang menghulurkan tangannya kepada aku.
Menarik aku sebelum aku ke jalan yang gelap.
Air mata jatuh berguguran
Sebak hati ini bila mendengar keluhan mak,
"Kemanakah anak-anakku?"
Siang malam mak berdoa,
"Ya ALLAH kembalikanlah anak-anakku, dekatkan mereka kepadaku."
Maafkan aku, mak.
Maafkan segala kesalahan dan kesilapan aku.
Hinaku sebagai anakmu.
Aku sayang mak!
Satu ungkapkan yang patut aku luahkan sepanjang hidup aku.
ALHAMDULILLAH.
ALLAH masih lagi sayangkan aku.
Kerana DIA masih memberi aku peluang untuk merasa, menilai dan menghargai kasih sayang seorang mak.
Haaaaaa selamat pagi.
Setelah sekian lama blogspot aku diaktifkan balik. Dulu kali terakhir aku tengok blog ni tahun 2009. Zaman-zaman blogger kan masa tu.
Okayyy...
Blog ni disuruh aktif oleh Encik Hasman sebab ni adalah salah satu assignment untuk aku lepas subjek e-commerce ni. Jadi sekarang ni aku akan mula berjinak-jinak balik dunia blogger ni. Semoga berjaya kepada diri sendiri.
Chaiyokk!!
Oh lupa pula, doa sem ni supaya subjek ni dapat A+++...
Aminnn