Saturday, October 5, 2013

Exit

Sebulan sudah berlalu 
Dan aku masih tercari-cari jalan keluar
Menuju ke arah cahaya yang paling terang
Tapi kenapa masih samar-samar?
Adakah aku salah jalan?
Atau sebenarnya aku hanya berjalan dalam bulatan?

Thursday, September 26, 2013

Stop

Sampai bila nak jadi begini?
Mahu terluka sampai parah?

Berhenti sejenak. 

Fikir, fikir sedalam-dalamnya. 

Cukuplah sampai disini saja. 
Buang semua memori yang ada. 
Sakit itu kau kena telan. 
Mungkin ini jalan terbaik. 
Untuk menjadikan ia satu pengalaman. 






Monday, September 23, 2013

Again


Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Terasa macam....
Sial!

Luka tu berulang kembali
Konon mengharap pada yg sudi
Tetapi...
Kecewa menerpa. 
Mengancam hati yang sudah terkoyak rabak. 

Kau menang manusia!


Saturday, September 21, 2013

Mother


Sesungguhnya kasih mak bawa ke syurga.

Jahilnya aku kerana tidak pandai menghargai kasih sayang.
Berlagak sombong bagai aku mengenal dunia yang palsu ini.
Akan bila aku terjatuh tersungkur,
Mak datang menghulurkan tangannya kepada aku.
Menarik aku sebelum aku ke jalan yang gelap.

Air mata jatuh berguguran

Sebak hati ini bila mendengar keluhan mak,
"Kemanakah anak-anakku?"
Siang malam mak berdoa,
"Ya ALLAH kembalikanlah anak-anakku, dekatkan mereka kepadaku."


Maafkan aku, mak.

Maafkan segala kesalahan dan kesilapan aku.
Hinaku sebagai anakmu.

Aku sayang mak!

Satu ungkapkan yang patut aku luahkan sepanjang hidup aku. 

ALHAMDULILLAH. 

ALLAH masih lagi sayangkan aku.
Kerana DIA masih memberi aku peluang untuk merasa, menilai dan menghargai kasih sayang seorang mak.

Aku bersyukur!



Thursday, September 19, 2013

Stronger



Kekuatan.
Ini yang aku perlukan sekarang. 

Tiba masanya aku mencari kepingan hati yang hilang. 

Berhenti.

Sejenak aku bertanya dalam diri,
Kenapa aku harus diduga begini?

Hati yang hilang dari pandangan. 
Jauh sungguh kau merantau. 
Kini aku harus cantumkan kembali.