hmm... banyak rasanya nak perlu ada tapi kalau keadaan darurat macam tu, saya akan kena ada pisau rambo, lampu suluh dinamo dan cermin.
Barang pertama yang saya perlu ada adalah pisau rambo. Kenapa saya pilih pisau rambo kerana ia dapat membantu saya dalam menjalani aktiviti-aktiviti harian saya ketika keadaan darurat seperti ini. Contoh yang dapat saya berikan adalah pisau rambo dapat menghiris pelapah kelapa untuk dibuat tali dan tali itu digunakan untuk membuat jerat dan rakit. Selain daripada itu, pisau rambo juga dapat membantu saya memburu binatang yang boleh dijadikan makanan. Tambahan pula pisau rambo dapat digunakan untuk mempertahankan diri daripada binatang buas yang ada dipulau tersebut. Senario ini membuktikan bahawa kegunaan pisau rambo amatlah penting bagi mereka yang berkeadaan darurat seperti ini.
Barang ketiga yang saya perlu ada adalah cermin. Kenapa saya pilih cermin adalah kerana sifat cermin sendiri adalah untuk memantulkan cahaya. Ia dapat memberi isyarat kepada kapal yang mungkin berlayar berdekatan dengan pulau ini. Disamping itu, cermin juga dapat memantulkan sinaran cahaya matahari untuk menghidup api untuk membantu memanaskan badan, memasak, menjerang air dan sebagainya.
Konklusi yang dapat saya rumuskan daripada barang-barang yang perlu saya ada semasa saya berada di pulau tersebut ialah dengan keperluan asas ini saya dapat meneruskan kehidupan saya. Selain daripada itu, kita sebagai manusia haruslah tanam sifat tidak putus asa kerana setiap apa yang berlaku adalah ujian dan kita perlu menghadapi dengan tenang dan terbuka. Sebagai contoh, apabila kita di alam pekerjaan, setiap daripada kita harus menghadapinya keseorangan dan dengan sifat tidak putus asa dan sifat berdikari ini dapat membantu kita untuk menempuhi kehidupan seharian.