Monday, September 15, 2014

Redha dan Jodoh

"Redha dengan ketentuan jodoh."
Fuhh cakap memang senang tapi nak hadap tu sangat payah.
Saat bila kita putus cinta kita akan mula salahkan itu ini tapi hakikatnya diri sendiri yang semakin jauh dengan Allah.
Redha tu bila kita terima ketentuan Dia dengan lapang dada  tanpa mempersoalkan mengapa, kenapa, kalaulah itu ini.
Sentiasa pujuk hati supaya redha dengan semua ketentuanNya.
Sentiasa muhasabah diri supaya tak leka dengan dunia.
Aku harus belajar untuk melepaskan. Melepaskan sesuatu yang pasti bukan hak milik sendiri.
Biarkan ia terbang dengan bebas.
Dan jika ia kembali maka dialah jodohku. 

Monday, April 21, 2014

Bantu aku Tuhan

Penat

Penat menangis. 
Kawan-kawan pesan, jangan stalk. 
Tapi degil, nak juga stalk. 
Sebab setiap kali buka facebook mesti ada benda yang menyakitkan hati. 
Nak tahan tapi pedih sangat. 
Akhirnya ia mengalir tanpa disedari. 

Terasa bodoh,
Sangat bodoh bila ingat balik. 
Kenapa aku pilih dia?

Mungkin Tuhan mahu uji aku,
Mungkin Tuhan mahu aku kenal dunia,
Mungkin Tuhan mahu kenalkan aku dengan orang yang salah baru kenalkan dengan orang yang sesuai dengan aku, 
Mungkin Tuhan mahu aku muhasabah diri. 

Terlalu banyak mungkin yang tak mampu aku berkira dengan Tuhan. 
Apalah daya aku untuk menanyakan kekuasaanNya. 
Tinggal aku redha dan ikhlas dengan apa yang Dia telah tetapkan untuk hidup aku.

Tapi sekarang aku tak mampu. 
Kadang aku melawan takdir. 
Kadang aku tertanya apa salah aku Tuhan?

Bukan aku mahu melawan takdir diri aku sendiri,
Tapi aku tidak bersedia lagi untuk semua ini.
Tolonglah aku Tuhan. 
Bantulah aku untuk cari diri aku balik. 
Sungguh aku sudah penat. 




Thursday, December 26, 2013

Terakhir

Mungkin ini jalan terakhir buat kita berdua. Selamat tinggal kekasihku. 

Thursday, November 7, 2013

Penghijrahan yang abadi

Assalamualaikum w.b.t.



Hijrah seperti yang kita tahu ia adalah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah. Walaubagaimanapun, hjrah sangat besar maknanya. Ia bukannya hanya penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain, ia juga boleh didefinasikan kepada perbuatan seseorang dari yang buruk ke perbuatan yang lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w "Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi apa ertinya hijrah kepada diri saya sendiri?

Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya untuk saya berubah ke arah kebaikan dan syukur Alhamdulillah lagi sekali yang Allah masih mahu kenakan ujian kepada diri saya supaya saya beringat bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika diimbas kembali saya yang dulu, memang tidak dinafikan yang saya hidup bebas. Antaranya bebas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, free hair, degil dan keras kepala. tetapi apabila meningkat usia, makin lama saya mengerti akan cara hidup di dunia yang fana ini.

Tersentap akan ujian yang Allah turunkan, saya kembali bersujud kepada Allah. sesuatu yang saya rasa saya perlukankan perubahan dalam hidup. Pada tahun 18 Julai 2012, saya melakukan penghijrahan pertama saya iaitu dari seorang yang free hair ke menutup aurat iaitu memakai tudung. Ketika itu saya menghantar saudara untuk menunaikan haji di KLIA. Alhamdulillah perasaan gembira dari mak memang saya tak dapat nak ungkapkan. Ia satu perubahan yang mak saya mahukan dari dulu lagi. Apabila saya sudah berubah ke arah kebaikan, segala yang ada pada sekeliling saya nampak kebaikan. Walaupun saya lepak dengan kawan-kawan, saya sudah tahu jaga batas-batas pergaulan. Tiada lagi bertepuk tampar sesama mereka.

Bermula dari situ saya berubah sikit demi sikit cara pemakaian saya, cara percakapan, cara saya berfikir dan perwatakan saya sendiri. Jika dulu pakaian saya muat-muat badan saja tapi sekarang sudah besar dan longgar. Apabila saya berubah pemakaian saya, saya rasa selamat untuk keluar rumah kepada tiada lagi mata-mata yang memerhatikan saya seperti sebelum ini. Bagi cara percakapan pula, saya akui memang saya seorang yang cakap lepas dan kasar. kadang-kadang saya tidak sedar apa yang saya sudah cakap, saya sudah menyakitkan hati orang lain. Apabila saya menghayati adab-adab percakapan Nabi barulah saya berfikir dulu sebelum cakap dengan orang lain. Untuk perwatakan saya sendiri pula, Alhamdulillah saya belajar menerima kekurangan orang lain dan cuba bersabar dengan sikap sesetengah orang yang tak makan saman. Firman Allah s.w.t "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (surah Al-Raa'd ayat 11). 

Saya sangat bersyukur apabila Allah masih lagi memberi saya peluang untuk saya supaya berubah dan melakukan pernghijrah ini kerana saya pasti saya akan dapat rahmat Allah. InsyaAllah. Ia telah tertulis dalam Al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dariNya" (surah Al-Baqarah ayat 218)





Thursday, October 24, 2013

3 things that you need the most if lost in an island

apa 3 barang yang perlu ada kalau saya seorang terdampar dekat sebuah pulau?

hmm... banyak rasanya nak perlu ada tapi kalau keadaan darurat macam tu, saya akan kena ada pisau rambo, lampu suluh dinamo dan cermin. 



Barang pertama yang saya perlu ada adalah pisau rambo. Kenapa saya pilih pisau rambo kerana ia dapat membantu saya dalam menjalani aktiviti-aktiviti harian saya ketika keadaan darurat seperti ini. Contoh yang dapat saya berikan adalah pisau rambo dapat menghiris pelapah kelapa untuk dibuat tali dan tali itu digunakan untuk membuat jerat dan rakit. Selain daripada itu, pisau rambo juga dapat membantu saya memburu binatang yang boleh dijadikan makanan. Tambahan pula pisau rambo dapat digunakan untuk mempertahankan diri daripada binatang buas yang ada dipulau tersebut. Senario ini membuktikan bahawa kegunaan pisau rambo amatlah penting bagi mereka yang berkeadaan darurat seperti ini. 


Barang kedua yang saya perlu ada adalah lampu suluh dinamo. kenapa saya pilih lampu suluh dinamo ini adalah sebab utamanya penakut adalah salah satu sifat negatif yang tidak dapat dielakkan dalam diri saya. Dengan adanya lampu suluh dinamo ini, ia dapat membantu saya pada waktu malam dan dapat menakutkan binatang liar.  




Barang ketiga yang saya perlu ada adalah cermin. Kenapa saya pilih cermin adalah kerana sifat cermin sendiri adalah untuk memantulkan cahaya. Ia dapat memberi isyarat kepada kapal yang mungkin berlayar berdekatan dengan pulau ini. Disamping itu, cermin juga dapat memantulkan sinaran cahaya matahari untuk menghidup api untuk membantu memanaskan badan, memasak, menjerang air dan sebagainya. 

Konklusi yang dapat saya rumuskan daripada barang-barang yang perlu saya ada semasa saya berada di pulau tersebut ialah dengan keperluan asas ini saya dapat meneruskan kehidupan saya. Selain daripada itu, kita sebagai manusia haruslah tanam sifat tidak putus asa kerana setiap apa yang berlaku adalah ujian dan kita perlu menghadapi dengan tenang dan terbuka. Sebagai contoh, apabila kita di alam pekerjaan, setiap daripada kita harus menghadapinya keseorangan dan dengan sifat tidak putus asa dan sifat berdikari ini dapat membantu kita untuk menempuhi kehidupan seharian.